LAPORAN
ANALISIS BILIK DARJAH
(TUGASAN
BAHAGIAN C)
(KRP3013
: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : Ahidah bt.
Abdullah
No. ID : D20111049453
1.
Nama sudut bilik darjah yang dipilih
Sudut
Bacaan
![]() |
| Sudut Bacaan Kelas 5 Cemerlang |
Berikan justifikasi anda mengapa sudut
tersebut diadakan.
i.
Guru kelas Tahun 5 telah memperkenalkan
satu konsep bagi menjana budaya ilmu dalam kalangan murid di kelasnya. Konsep
sudut bacan ini dahulunya dipopularkan oleh pusat sumber sekolah.Konsep pusat
sumber sekolah diperluaskan kerana proses pengajaran dan pembelajaran,
latihan, seminar dan bengkal dijalankan di kawasan persekitaran sekolah.
Rangkaian maklumat ini adalah sumber untuk mengakses, mengumpul, menimba
dan menterjemah ilmu dalam murid-murid.
Pusat bacaan ini ialah tempat untuk murid mencari maklumat serta memudahkan murid-murid memperkembang
ilmu dengan menggunakan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan
untuk meningkatkan pencapaian cemerlang dalam kalangan mereka.
ii.
Sudut bacaan ini diadakan adalah
bertujuan sebagai tempat pengayaan bagi murid yang mempunyai kepintaran yang
lebih berbanding dengan murid yang lain. Bahan yang terdapat di sini ialah
buku-buku rujukan, majalah, bahan fotostat dan risalah-risalah umum yang
disediakan oleh guru dan pelajar yang ditugaskan mengikut jadual tugasan harian
yang ditetepkan oleh guru. Bahan-bahan ini diambil dari perpustakaan (Pusat
Sumber Sekolah) dan juga melalui inisiatif murid di kelas tersebut.. Seterusnya,kewujudan
sudut bacaan ini membe menggunakan setiap perkhidmatan pusat sumber ke tahap
maksimum walaupun tanpa berkunjung di perpustakaan.
iii.
.Sudut Bacaan yang baik ialah mempunyai
kelengkapan asas yang sempurna seperti kerusi, meja dan alas meja. Dalam
penggunaan alas, guru kelas menggunakan buku besar dan ditukar 2 kali seminggu.
Tujuan alas meja berbentuk buku ini adalah untuk memberi murid membaca bahan
yang diletakkan di atas meja tersebut. Selain itu, penggunaan bahan bacaan yang
berlainan dan ditukar pada setiap masa adalah untuk melatih pelajar berdisiplin
dan amanah dalam menjalankan tugasan harian mereka semasa menuuruskan sudut
bacaan.
3.
Jelaskan 3 kekuatan yang terdapat pada
sudut yang dipilih.
i.
Proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi para
pelajar. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah-laku baik
akan menjadikan tugas pengajaran guru ‘one
of wonderful jobs in the world’ kerana setiap 2 kali seminggu guru akan
menukarkan bahan bacaan yang dihidangkan di atas meja di sudut bacaan tersebut.
Guru berpeluang melihat pelajar mereka mempelajari sesuatu yang baru setiap
hari. Guru juga berpeluang melihat kepuaasan di wajah pelajarnya apabila mereka
membaca bahan bacaan baharu pada setiap minggu. Salah satu ciri yang asas untuk
menjadi guru yang baik adalah
kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah
laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting
sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah tingkah
laku yang serius. Permasalahan murid boleh dikawal melalui kewujudan sudut
bacaan di kelas.
ii.
Kewujudan sudut bacaan di dalam kelas
adalah sebagai usaha untuk membimbing para pelajar berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka Ini memmabntu para pelajar memahirkan diri dalam bidang
komunikasi. Pelajar-pelajar boleh menggunakan sudut bacaan sebagai tempat
perbincangan apabila selesai proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Prosedur
menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan
kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh Jelaslah untuk
mengurus bilik darjah dengan baik, guru perlu menetapkan peraturan di bilik
darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang
dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan
ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika
menggunakan sudut tersebut sebagai tempat perbincangan.
iii.
Jumlah kerusi dan meja yang terhad tidak
membenarkan penggunaan sudut ini secara beramai-ramai. Keadaan tersebut akan
menggalakkan pelajar menyiapkan kerja dengan teliti dan berhati-hati lantaran
peraturan yang ditetapkan oleh hanya membenarkan pelajar yang berkualiti sahaja
menggunakan sudut tersebut. Oleh itu, kebanyakan pelajar akan berusaha
meyiapkan tugasan yang diberi berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh guru
sebagai memenuhi kehendak menggunakan sudut bacaan yang disediakan.
