Wednesday 6 December 2017

Kek Pisang Murah

Adik balik kampung, bertandang ke rumah ambo. Diajarnya anak cara jimat utk hasilkan kek pisang.
Nah, resepinya kat bawah:

2 cwn tpg gandum
2 cwn pisang -lenyek
1 cwn gula
1 cwn minyak jagung
3 biji telur
1 camt baking powder
1 camt soda bicaronate

Cara2 membuatnya...
1. Blend gula & telur  - kembang
2. Ayak tepung, soda, baking
3 Masukkan no (1) ke dalam no (2)
4. Kacau sebati
5 Bakar atau kukus
Siapppp.

Tuesday 6 December 2016

Terkenang Semasa Dulu

Berkongsi resepi masakan Bajau Kota Belud (Haini Mutsal)

Memang best semasa menetap di Kota Belud sekitar awal 90an.
Selalu pigi makan-makan kat rumah kawan di Kg Taun Gusi.
Antara resepi tradisional ang menarik hati saya ialah : 
1. Ikan Basung Masak Ampak
2. Ikan Liking (sukar unuk dapatkan kat tempat saya)

Ikan Basung Masak Ampak

Bahan-bahan 
6 ekor ikan basung (selayang)- sederhana besar
Pucuk ubi kayu (penting ni)
halia, kunyit hidup, bawang besar/merah, cili - ditumbuk lumat
serai (titik)
Then gaul skali dgn ikan + asam keping.jawa + garam, sedikit gula. 
Santan pekat/cair (terpulang - kalu nak lemak -santan byk sikit)
Boleh ada kuah sedkit atau kering - ikut suka
Nak sedap lagi, boleh bubuh jantung pisang/belimbing buluh..peeeh. 
Ada jg bubuh bunga kantan........ikut suka 

Masa nak masak letakkan pucuk ubi di bahagian bawah, kemudian masukkan ikan.
Masukkan bahan yang ditumbuk.
Masukkan santan.
Rasalah garam gula (secukup rasa)
Letakkan periuk di atas api dan masaklah......

* Ada jua kawan yg bagi tahu x payah bubuh santan tapi tumis bahan (ditumbuk) guna minak masak. Tapi saya x pernah buat. Cara ni supaya ikan ampak tahan lama. 

Gambar 1                                               
Ikan Sebarau Ampak



Gambar 2
Ikan Basung Ampak

Monday 18 May 2015

Anda dikehendaki mengulas sebuah artikel daripada jurnal berkaitan bahasa atau kesusasteraan Melayu.
Bahan Sastera yang dipilih:
Tajuk Cerita: Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi
(Peristiwa-peristiwa Dari Hikayat Hang Tuah)
1.         PENDAHULUAN
Dalam masyarakat Melayu, pahlawan Melayu yang terkenal ialah Hang Tuah. Dalam meletakkan kedudukan pahlawan Hang Tuah di tempat tertinggi, ramai tokoh kesusasteraan Melayu membuat pelbagai kajian dan ada kalanya  pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai gambaran sebenar watak lagenda Melayu ini. Oleh itu, terdapat banyak versi cerita yang ditulis oleh penulis bagi membuat pelbagai persepsi tentang Laksamana Hang Tuah. Hal ini demikian kerana peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Hang Tuah sangat hebat dan sesuai  jolokan Hang Tuah sebagai pahlawan agung bangsa Melayu.
Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini,meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epik. Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah bahawa watak Hang Tuah itu bukan merupakan watak manusia biasa, melainkan sebagai lambang kepada bangsa Melayu iaitu lambang kemegahan, kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan kemasyhuran kepada bangsa Melayu pada zaman keagungan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melayu Melaka.
Penulisan tentang peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah ditulis adalah contoh sastera yang ditakrifkan sebagai sastera berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan kerana terkandung cerita-cerita kehebatan Laksamana Hang Tuah. Dalam buku ini dua puluh sembilan cerita berkaitan Hang Tuah. Saya membuat ulasan dari segi penggunaan bahasa dalam tajuk “Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi”,

2.         PENGENALAN
Oleh kerana cerita Hang Tuah yang merupakan hikayat Melayu lama yang asli, cerita-cerita atau peristiwa yang dialami oleh Hang Tuah ini diangkat oleh para sarjana tempatan dan antarabangsa sebagai epik Melayu. Pengertian hikayat adalah sebuah bentuk sastera prosa dalam bahasa Melayu yang berisi tentang kisah atau cerita dan juga dongeng tentang kehebatan maupun kepahlawanan seseorang yang dilengkapi berbagai keanehan, kesaktian, serta mukjizat yang berhasil dibuat seorang tokoh.
Hikayat umumnya dijadikan sebagai bahan bacaan untuk menghibur sekaligus menjadi pelipur lara dan juga untuk membangkitkan semangat juang orang-orang yang membaca atau mendengarnya. Salah satu contoh hikayat sastera Melayu klasik yang akan dipublikasikan pada tulisan ini adalah hikayat tentang Hang Tuah, iaitu sebuah karya sastera Melayu yang paling tersohor dan bercerita tentang Hang Tuah dalam kemakmuran Kesultanan Melaka.
Sebenarnya, sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenarnya. Naskhah tertua yang ditemui ialah naskhah Leiden (Cod. Or. 1762) yang tersalin pada 1172 H (1758 M), di Kuala Kebah, hampir dua setengah abad setelah Feringgi menakluki Melaka, dan naskhah ini bukan naskhah asal. Cerita ini juga terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah yang diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Karyawan, 2008.
Cerita ini bertujuan untuk menunjukkan setiap bangsa haruslah mempunyai suatu akar sebagai tempat berpaut dan berlindung. Oleh itu institusi beraja yang diamalkan di Malaysia haruslah kita hormati. Cerita ini juga penting kerana ia mencatatkan riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya, ke zaman kebesarannya, hingga ke saat kejatuhannya pada 24 Ogos 1511. Hikayat Hang Tuah juga menggambarkan sistem sosio budaya Melayu pada zaman feudalnya.

3.         SINOPSIS CERITA HANG TUAN MENUNGGANG KUDA TEZI
            Saya memilih cerita tentang peristiwa Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi untuk tugasan ini kerana cerita ini mengandungi 5 halaman sahaja. Ini bererti menepati kehendak tugasan yang memerlukan ulasan tentang bahan sastera yang diambil dari jurnal atau buku.
3.1       Sinopsis Cerita Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi
Laksamana Tun Tuah akan melakukan apa sahaja kehendak raja untuk menunjukkan ketaatan kepada sultan Melaka yang tidak berbelah bahagi. Kesanggupan Hang Tuah untuk berbakti kepada tuannya tidak mengenal batas sempadan. Tidak kira sama ada sesuatu itu benar atausalah, membahayakan diri atau tidak, asalkan ia untuk kepentingan Raja Melaka, Hang Tuah akan melakukannya.
            Sekembalinya dari Inderapura, ia telah mempertaruh nyawanya untuk kepentingan raja. Radin Mas Ayu sudah hamil tujuh bulan dan mengidam hendak santap air nyiur kelapa gading. Kebetulan pokok nyiur itu dua puluh depa tingginya dan pada ssama tengahnya telah dimakan anai-anai. Bendahara tidak membenarkan pokok itu ditebang, takut akan ada satu-satu padahnya. Lantaran itu, tidak ada orang yang berani memanjat pokok itu melainkan Hang Tuah.
Setelah itu, Hang Tuah dikehendaki membawa Raden Bahar untuk bermain-main kerana raden Bahar ingin melihat  permainan kuda tezi yang diberi oleh ninda dari Majapahit. Oleh kerana semua yang hadir itu tidak berani untuk bermain kuda tezi, maka dengan penuh rasa taat, Hamg Tuah menawarkan diri untuk bermain kuda Tezi sebagaimana yang dikehendaki oleh anakanda sultan. Apabila kuda itu merasa ada orang yang menaiki badannya, maka iapun melompat dengan tangkas. Permainan ini diiringi dengan paluan yang dibawa dari Majapahit. Kesanggupan Hang Tuah bermain kuda tezi ini menyebabkan dia telah dianugerahkan sepersalinan lengkap sebagai menghargai pengorbanan Hang Tuah.

4.         MENYUSURI GAYA BAHASA DALAM CERITA PERISTIWA  HANG TUAH MENUNGGANG KUDA TEZI
Objektif penulisan saya ini adalah untuk menerangkan dan memahami dengan lebih jelas mengenai aspek gaya bahasa yang terdapat dalam sedutan cerita Hang Tuah menunggang kuda tezi. Penulisan ini memfokuskan tentang aspek gaya bahasa yang terkandung dalam cerita ini. Dalam cerita ini, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan. Unsur bahasa dalam cerita ini secara tidak langsung merupakan cerminan jati diri penulis kerana khalayak dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam cerita yang dihayati. Antara beberapa contoh unsur bahasa yang sering didapati dalam cerita ini ialah metafora, personafikasi, simile, hiperbola, simbolik, repetisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam cerita bagi menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud cerita.                                                      Secara keseluruhannya, sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini ialah sistem Melayu moden. Bahasa dalam cerita ini sebagai sebuah hasil sastera lama memang terpelihara walaupun menggunakan system ejaan Melayu moden. Cerita ini diceritakan dalam bahasa Melayu yang hidup, yang bersemangat, yang jauh lebih baik. Dalam usaha untuk menjadikan cerita ini menarik, penulis telah memasukkan unsur-unsur sensasi yang berdaya menarik minat pembaca. Khayalak pembaca amat berminat dengan kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat dan cerita penglipur lara. Semua unsur-unsur ini digarap dalam gaya bahasa yang indah.
Gaya bahasa adalah cara khas dalam menyatakan fikiran atau perasaan saat melakukan kegiatan berbahasa. Dalam menyampaikan cerita, setiap pengarang ingin ceritanya punya daya sentuh dan kesan yang kuat bagi pembaca. Oleh kerana sarana karya prosa adalah bahasa, maka bahasa ini akan diolah semaksima mungkin oleh pengarang dengan memaksimumkan gaya bahasa sebaik mungkin. Gaya bahasa (stile) adalah cara mengungkapkan bahasa seorang pengarang untuk mencapai kesan estetik dan kekuatan daya ungkap.

4.1       Unsur Simile
Simile adalah jenis bahasa figuratif yang menyamakan satu hal dengan hal lain yang sesungguhnya tidak sama. . Simile juga merupakan unsur perbandingan atau kiasan yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya. Pengarang menggunakan unsur simile seperti:
1.      “ Pakaian kuda itu sekaliannya daripada mas bertatahkan ratna mutu manikam yang lakunya tiada berjijak dibumi”. Unsur-unsur ini dapat dilihat ketika Hang Tuah dan pengikutnya pulang setelah mengunjungi negeri Majapahit. Unsur simile “lakunya tidak berjijak dibumi” bagi menunjukkan kemewahan kerajaan Majapahit.

2.      “Apabila kuda itu merasai orang di atasnya belakangnya itu, maka kuda itu pun melompat seperti kilat seperti tidak berpijak di bumi lakunya.” Unsur ini pula digunakan sebagai perbandingan untuk menunjukkan ketangkasan larian kuda tunggangan yang disediakan untuk Hang Tuah.

Demikian, unsur simile telah digarap dengan baik sekali untuk mengindahkan lagi gaya bahasa dalam cerita Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi ini oleh pengarangnya. Sesungguhnya, unsur simile ini bukan sahaja indah tetapi tepat perbandingannya.

4.2       Unsur Metafora
            Metafora adalah bentuk bahasa figuratif yang memperbandingkan sesuatu hal dengan hal lainnya yang pada dasarnya tidak serupa. Oleh itu metafora merujuk kepada satu set proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek „diangkat ke atas atau dipindahkan kepada objek yang lain. Objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama.
Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. . Dalam ayat “ Budak itu lembu ”, „lembu ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”, „lembu ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan „seperti sebelum „lembu. ( Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.) Metafora sebagai pembanding langsung tidak menggunakan kata-kata seperti dan lain-lain. Unsur metafora cuba digarapkan dalam cerita ini dengan cara yang agak berbeza dengan unsur simile kerana perbandingan dibuat secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak dan laksana. Contoh elemen ini tidak banyak digunakan dalam cerita ini. Antara contoh adalah seperti berikut:
1.      “bermain gajah-gajahan”
2.      “maka kuda itupun melompat seperti kilat yang tangkas”.
3.      “Maka kuda itupun disuruh menari.”

            Sesungguhnya, pengarang berjaya menggunakan unsur ini untuk memperindah gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu.

4.3       Unsur Personafikasi
Unsur ini dikenali juga sebagi unsur perorangan atau penginsanan. Selain itu penulis cerita ini juga menggunakan unsur personafikasi yang dapat menghidupkan atau memberikan sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia . Antara unsur personafikasi yang digambarkan dalam satu cerita ini ialah dapat dilihat ketika Seri Betara Majapahit memberi hadiah permainan kuda tezi kepada cucunya iaitu anak kepada Puteri raden Galoh dan Sultan Melaka sebagai berikut:
1.       “syahdan kuda tezi seekor lengkap dengan pakaian sekali serba keemasan”

2.      Maka kuda itupun disuruh menari, pelbagai ragam tariannya”

4.4       Unsur Hiperbola
Unsur Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Unsur ini digarapkan dalam cerita bertujuan untuk membesar-besarkan sesuatu yang kecil.
Sebab itulah pengarang sengaja menjadikan ayat “pakaian yang keemasan bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara dan pelananya daripada emas yang pertama”. Jelas kelihatan dalam ayat di atas keadaan yang terlalu mustahil apatah lagi semua perhiasan itu dipakaikan kepada seekor binatang. Selain itu, semasa raja Melaka melihat kuda tezi, keadaan ini dapat dilihat dalam ayat:
“Maka rajapun melihat kuda itu, hijau : sikapnya dan rupanya terlalu amat baik dan segala pakaiannya bertatahkan ratna mutu manikam dan pelananya daripada emas permata” .

Sesungguhnya, jumlah batu-batu permata yang gugur itu dikiaskan dalam jumlah yang amat banyak iaitu bergantang-gantang dirasakan seperti tidak logik. Walaupun pembaca sedia maklum bahawa kebanyakan pengisahan dalam cerita Hang Tuah tidaklah tepat, namun meraka amat meminati cerita begini. Gambaran sebegini adalah untuk memperlihat kepada pembaca tentang kepahlawanan Hang Tuah yang semangnya sangat hebat di rantau Asia Tenggara.

4.5       Unsur Interior Monolog                                                                                                       Unsur Interior monolog atau monolog dalaman bermaksud kata-kata hati yang dilafazkan oleh sesebuah watak dalam cerita. Dalam perlukisan watak-wataknya, pengarang penulis cerita Hang Tuah Menunggang Kuda Tezi ini telah memasukkan unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior monolog, contohnya,  :
1. “Andainya Tuan Puteri Maas Ayu membenarkan aku membawa anakanda baginda ke luar”
2. “ terlalu sukacita ayahanda dan bonda mendengar berputera”


Unsur ini berbeza daripada unsur monolog kerana ia fikiran di dalam hati yang tidak diucapkan. Unsur-unsur tersebut telah digarap melalui watak oleh pengarang dengan  licin dan meyakinkan.  Unsur interior monolog tidak banyak terdapat dalam cerita ini kerana ceritanya sangat pendek.
4.6       Unsur Repetisi                                                                                                                      Repetisi adalah perulangan bunyi, suku kata, kata atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai Keraf (1996:127). Unsur repetisi yang sama juga turut didapati dalam cerita ini. Jika dilihat secara terperinci , terutamanya tajuk cerita ini, saya mendapati tidak kurang daripada 4 kali pengulangan kata nama tuanku diulang bagi menegaskan tentang kebesaran seorang raja Melayu. Antara contoh petikan:

1. “Ya tuanku, jikalau paduka anaknda ini hendak dibawa keluar, baiklah dengan   perintah dan menyandang tetampan kerajaan.”
2. “Ya tuanku, terlalu sukacita ayahanda dan bonda mendengar berputera”
3. “Ya tuanku paduka Betara, utusan ratu anakanda raja Melaka.
4. “Daulat tuanku, apatah takutkan naik kuda ini? Syahdan patik mohonkan ampun dan kurnia, adakah hulubalang itu tidak tahu naik kuda atau gajah?

            Pengulangan kata ini memberi pengertian kepada kebesaran raja. Hal ini sedemikian kerana menunjukkan akan kekuasaan raja dan kedaulatan seseorang raja Melayu. Fungsi raja-raja Melayu  adalah symbol ketaatan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap raja. Rakyat juga akan menerima apa sahaja arahan yang diberikan oleh raja dan akan dilaksanakan tanpa bantahan. Ini dapat dibuktikan dengan sifat ketaan Hang Tuah terhadap raja Malaka.

5.         KESIMPULAN                                                                                                        Kepelbagaian atau anekaragam seni keindahan bahasa dalam teks sastera hikayat dapat menambahkan keindahan dan mengelakkan kejemuan. Bahasa yang puitis yang digunakan dapat memberi kesan kepada pembaca yang menghayati rentetan peristiwa  bahan yang dibaca. Karangan indah sesebuah karya bercorak sastera hikayat oleh pengarang yang arif lagi bijaksana, mampu menghasilkan pengaruh yang menenangkan dan menyembuhkan jiwa (menglipur) pembaca. Justeru, V.I. Braginsky dalam buku karangannya bertajuk Yang indah, berfaedah dan kamal: sejarah sastera Melayu dalam abad 7-19 menyifatkan karya sastera Melayu klasik sebagai, „alat penglipur atau penghibur hati yang mudah difahami sebagai salah satu di antara fungsi-fungsinya yang terpenting. Ayat-ayat yang mudah tanpa kata kata hubung banyak terdapat dalam penulisan ini
Menurut Shafie Abu Bakar, peningkatan sesebuah karya sastera yang baik boleh dilihat daripada dua aspek iaitu lahiri dan maknawi. Lahiri merujuk kepada teknik di dalam pengkaryaan yang melibatkan bentuk, struktur, plot, watak, bahasa dan sebagainya yang dapat dilihat. Maknawi pula merujuk kepada isi, tema, idea, mesej, sudut pandangan, nilai dan sebagainya. Kesemuanya elemen terangkum di dalam membina sesebuah karya sastera. Proses pembinaan karya secara kreatif, indah, dan sempurna merupakan takmilah sastera.


BIBLIOGRAFI
            A Bakar Hamid,  (1979) Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah, Dewan Bahasa dan Pustaka
Abu Hassan Abdul dan Abd Rashid Md Idris.(2012). Modul BMK 3043:Seni Mengarang, Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Kassim Ahmad. Kajian Hikayat Hang Tuah. Dilayari pada 27 Mac 2013 di URL http://smsohhtb3.blogspot.com/ Majlis Peperiksaan Malaysia.(2012). Permata Satera Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Azmi Ab. Rahman.(2004). Kesusasteraan Melayu:Dimensi Bahasa dan Pemikiran. Sintok: Penerbit UUM.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Hikayat Hang Tuah. Dilayari pada 27 Mac 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah



Sunday 28 October 2012

LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH


LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH
(TUGASAN BAHAGIAN C)
(KRP3013 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : Ahidah bt. Abdullah                                                                No. ID : D20111049453
1.      Nama sudut bilik darjah yang dipilih
Sudut Bacaan
Sudut Bacaan Kelas 5 Cemerlang


      Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan.
i.                    Guru kelas Tahun 5 telah memperkenalkan satu konsep bagi menjana budaya ilmu dalam kalangan murid di kelasnya. Konsep sudut bacan ini dahulunya dipopularkan oleh pusat sumber sekolah.Konsep pusat sumber sekolah diperluaskan kerana proses  pengajaran dan pembelajaran, latihan, seminar dan bengkal dijalankan di kawasan persekitaran sekolah. Rangkaian maklumat ini  adalah sumber untuk mengakses, mengumpul, menimba dan menterjemah ilmu dalam  murid-murid. Pusat bacaan ini ialah tempat untuk murid mencari  maklumat  serta memudahkan murid-murid memperkembang ilmu  dengan menggunakan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian cemerlang dalam kalangan mereka.

ii.                  Sudut bacaan ini diadakan adalah bertujuan sebagai tempat pengayaan bagi murid yang mempunyai kepintaran yang lebih berbanding dengan murid yang lain. Bahan yang terdapat di sini ialah buku-buku rujukan, majalah, bahan fotostat dan risalah-risalah umum yang disediakan oleh guru dan pelajar yang ditugaskan mengikut jadual tugasan harian yang ditetepkan oleh guru. Bahan-bahan ini diambil dari perpustakaan (Pusat Sumber Sekolah) dan juga melalui inisiatif murid di kelas tersebut.. Seterusnya,kewujudan sudut bacaan ini membe menggunakan setiap perkhidmatan pusat sumber ke tahap maksimum walaupun tanpa berkunjung di perpustakaan.

iii.                .Sudut Bacaan yang baik ialah mempunyai kelengkapan asas yang sempurna seperti kerusi, meja dan alas meja. Dalam penggunaan alas, guru kelas menggunakan buku besar dan ditukar 2 kali seminggu. Tujuan alas meja berbentuk buku ini adalah untuk memberi murid membaca bahan yang diletakkan di atas meja tersebut. Selain itu, penggunaan bahan bacaan yang berlainan dan ditukar pada setiap masa adalah untuk melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugasan harian mereka semasa menuuruskan sudut bacaan.


3.      Jelaskan 3 kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih.
i.                    Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi para pelajar. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah-laku baik akan menjadikan tugas pengajaran guru ‘one of wonderful jobs in the world’ kerana setiap 2 kali seminggu guru akan menukarkan bahan bacaan yang dihidangkan di atas meja di sudut bacaan tersebut. Guru berpeluang melihat pelajar mereka mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Guru juga berpeluang melihat kepuaasan di wajah pelajarnya apabila mereka membaca bahan bacaan baharu pada setiap minggu. Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah
kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah tingkah laku yang serius. Permasalahan murid boleh dikawal melalui kewujudan sudut bacaan di kelas.

ii.                  Kewujudan sudut bacaan di dalam kelas adalah sebagai usaha untuk membimbing para pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka Ini memmabntu para pelajar memahirkan diri dalam bidang komunikasi. Pelajar-pelajar boleh menggunakan sudut bacaan sebagai tempat perbincangan apabila selesai proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh Jelaslah untuk mengurus bilik darjah dengan baik, guru perlu menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika menggunakan sudut tersebut sebagai tempat perbincangan.

iii.                Jumlah kerusi dan meja yang terhad tidak membenarkan penggunaan sudut ini secara beramai-ramai. Keadaan tersebut akan menggalakkan pelajar menyiapkan kerja dengan teliti dan berhati-hati lantaran peraturan yang ditetapkan oleh hanya membenarkan pelajar yang berkualiti sahaja menggunakan sudut tersebut. Oleh itu, kebanyakan pelajar akan berusaha meyiapkan tugasan yang diberi berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh guru sebagai memenuhi kehendak menggunakan sudut bacaan yang disediakan.