Monday, 2 April 2012

Kajian Tindakan


KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan dalam bidang pendidikan memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif.Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan bersama  disesebuah organisasi atau komuniti.Tetapi tidak kepada mereka atau ke atas mereka.Ia adalah satu proses reflektif yang dijalankan bertujuan dan sistematik,oleh individu atau kumpulan,yang biasanya memerlukan satu bukti untuk menyokong kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan.
                Pada  asasnya kajian tindakan ini boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan  dengan bilik darjah.Ia juga melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri.Kajian tindakan ini boleh digunakan untuk meningkatkan amalan,menyelesai masalah,perubahan institusi atau meningkatkan perkembangan guru.Kajian tindakan ini dijalankan dalam situasi sebenardan menggunakan teknik ‘participant observation’ untuk mengkaji fenomena.Ia merupakan proses kolaboratif  dengan individu-individu yang bertanggungjawab kepada kajian tindakan.
                Kajian tindakan ini melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah.Melaluinya guru-guru dapat mengembangkan pengetahuan profesional dalam displin soesifik.Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan.Guru-guru terlibat dalam proses merancang,bertindak dan mereflek(gelungan kajian tindakan).
                Kajian tindakan ini boleh diaplikasikan di sekolah dan contoh masalah yang dapat menggunakan kajian tindakan ini adalah berkaitan kelemahan murid dalam menguasai nombor 0-10 .(murid tahun 1)
a)Mengenalpasti masalah
Satu pra ujian diadakan untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak dapat mengecam,menyebut dan menulis nombor 0-10.
b)Merancang Tindakan
Satu perbincangan dengan guru-guru yang terlibat diadakan.Aktiviti,kaedah dan cara penyampaian dibincangkan dalam mengenalpasti kaedah dan strategi yang sesuai dijalankan bagi membantu murid-murid ini.
c)Menjalankan tindakan
Setelah perancangan dibuat,satu aktiviti telah diadakan.Ianya melibatkan beberapa orang guru dan pengajaran dijalankan mengikut stesyen.Setiap stesyen akan diajar oleh seorang atau dua orang guru dan setiap stesyen mengadakan aktiviti yang berbeza.Contohnya,membentuk huruf,nyanyian,permainan,mewarna dan meneka nombor.Maklumat dan dapatan dari setiap aktiviti akan dicatat dan dikumpulkan untuk mengesan aktiviti dan kaedah yang sesuai dalam mengatasi masalah ini.


d)Pemerhatian dan analisis
Maklumat dan data yang telah dikumpulkan ini dianalisis dan diinterpretasi.Analisis dan data ini dijadikan penilaian dan refleksi.Contohnya,murid-murid lebih cepat menguasai nombor melalui kaedah permainan dan meneka.
e)Melakukan refleksi
Setelah segala maklumat dan data diperolehi kesimpulan yang dapat dibuat ialah murid-murid yang lambat menguasai nombor 0-10 ini akan lebih cepat menguasainya melalui aktiviti permainan,pertandingan dan membentuk nombor.Murid-murid ini juga lebih berani jika dikumpulkan dalam kumpulan sama kebolehan dan dibimbing guru dalam kumpulan kecil.

No comments:

Post a Comment